BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 9, 2012

Kenapa Aku Masih Solo?

Dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim,aku nak cuci blog yg dah t'lalu byk sawangnye..tp,tak sempat nk tulis post sndiri..so, copy paste je dr wbsite iluvislam..hope ade manfaatnye :)

Jodoh tiada kaitan dgn keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan utk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah p'jalanan kita. Ada org jodohnya cepat sbb jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah t'lalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan utk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita jahat utk lelaki yg jahat. Yakinlah pada janjiNya kerana kita org yg b'iman.

Biar lambat jodoh asalkan m'dapat Mr. Right dan biar seorang diri drpd m'jadi mangsa lelaki yg tidak b'iman kemudian nanti. Memang kita mudah t'silap m'tafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau m'dapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. B'usahalah utk mencuci hati anda drpd semua perasaan yg negatif t'hadap semua org di dunia ini. 

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yg kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, alangkah bahagianya org itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula org yg memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala b'henti utk membeli durian di tepi jln. Ketika anda t'perangkap dlm kesesakan jln raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yg anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. 

Tips: Agar mudah org sayang, cuci hati dgn jaga ibadah, solat taubat, b'istighfar, baca Al-Qur'an, maafkan org lain, meminta maaf, b'sedekah dan b'fikiran positif.

Bahagianya mungkin ada, tetapi deritanya datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya. Demikian juga p'kahwinan. Ia baik sebagai saluran yg betul utk melepaskan syahwat tapi ramai juga org yg b'kahwin hidupnya semaikin tidak t'urus.

Ramai org menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam rumahtangga. Bukankah dgn ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yg dipikul juga turut b'tambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali p'kahwinan padahal dahulunya mereka b'mati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yg sanggup b'korban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup b'gelar isteri tidak usah b'kahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum b'sedia utk b'sabar dgn karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jgn b'kahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yg tidak b'sedia utk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh t'jerumus dan tidak b'jumpa akar b'paut tatkala cuba m'daki naik.

B'kahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.
B'kahwin itu m'janjikan pahala tidak putus-putus bagi yg m'jadikannya gelanggang utk m'jadikan syurga sebagai matlamat. 

Kita boleh b'komunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda t'hadap pasangan dgn gelombang fikiran ini secara b'terusan hingga b'jaya. B'kahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kpd kesempurnaan insan bg yg mengetahui rahsia-rahsianya.

B'kahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah t'lalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang m'jemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yg disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yg pasrah b'tukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman t'selit di dada.
Kekayaan yg paling kaya adalah akal, kemiskinan yg paling besar adalah jahil, keburukan yg paling hodoh adalah sesat.
Tidak b'guna adanya mata andai tidak dapat menilai, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dgn teliti sblm pergi mengundur diri kerana segalanya b'mula dgn niat yg b'tempat di hati.