Friday, February 25, 2011
Cinta Tak Seharusnya Memiliki
Posted by Khalilatul Khairah Hassan at 1:51 AM 0 comments
Labels: tazkirah
Wednesday, February 23, 2011
Sembang Pagi..
Dgn lafaz basmalah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Ya Allah, berilah aku kekuatan..next week adalah mggu yg sgt tough..isnin nk kne submit IBT, slase kne submit PP..lps tu, khamis ade test PP lak..b'turut2..huhu..
Kne wat assgmnt IBT tajuk Gold Investment..topik yg sgt m'cabar sbb ni mmg current issue..dok cari info kt internet ade byk lg info tak dpt..btol la kata Dr. Aznan, kena g jmpe adviser bank utk dptkn info yg lebih memuaskn hati..dh la kne wat research psl 3 bank yg offer gold investment i.e Maybank, Public Bank n Kuwait Bank..jenuh gk 2 nk g jmpe stiap adviser kt tiga2 bank 2..ade hikmahnya nape Allah takdirkn aku yg dpt topik ni dlm group aku..at least, aku dpt wat research tntg current issue yg mmg tgh hot skrg ni..lgpon Rasulullah s.a.w prnh ckp, akan dtg 1 zaman yg akan b'patah balik pd zmn dulu iaitu akan gunakn dinar ngn dirham smula..Rasululah s.a.w b'sabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham utk digunakan" <Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal>..bile difikir2kn balik, zmn tu dh nk hmpir dh pon..subhanallah..td nmpk poster talk psl Gold Investment,wat kt engine 1hb Mac..tp sygnye,IBT dh kne submit dh time 2..huhu..
Sambil wat assgmnt sambil dgr lagu..dh lame tak dgr lagu Dehearty-Wanita..dlu aku suke sgt lagu ni..kt sini aku postkn liriknye..
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hmm..esok kwn2ku ajak tgkp gmbr utk LGD..tema kitorg esok kaler pink..sume nk jd pinky,hehe..bile ckp psl AGD, dh rse cm nk dkt abes sem dh..kjp je rse dh nk abes dh bljr kt UIA ni..dh nk kne b'pisah ngn kwn2..psni, tak tau la bile bleh jmpe lg..Hajar, Miera, Mas, Ika, Yaya, Yan, Che'ma..korg mmg kwn2 kite yg t'baik..susah nk jmpe kwn cm korg..kwn time susah n sng..kite hepi n nangis same2..kalo slh sorg ade mslh, yg laen pon akan trase gk..cm cubit bahu kanan, bahu kiri msti trase gk..
Mcm baru2 ni..aku diuji ngn ujian yg sgt aku tak sangka..ia dtg gedebuk cm2..cm kne hempap ngn bnda brt je rse..dh la bru lps dgr talk Fatimah Syarha n Akhil Hayy time 2..2 la tndanye Allah nk bg ujian 2 bile2 masa je..mmg bengkak cm panda la mata time 2..tp xpela..aku trime ujian yg Allah bg 2 ngn hati t'buka..kne b'lapang dada sbb kita ni milik Allah..jd, Dia akan uji bila2 masa je yg Dia nk..aku try kuatkn smgt utk habiskn sem ni je yg tinggal lg brape bulan je lg..Mudah2an Allah beri aku kekuatan n ketabahan utk mlalui smua ujian ni.."Ya Allah, jgnlah Kau ambil anugerah yg tak t'nilai itu drpdku sblm smpat aku bls jasa n berbakti pd mereka Ya Allah"..ameen..
Sbb tu gak la aku t'paksa tukar decision aku utk smbung syariah..dulu aku b'tekad nk smbung syariah sbb aku mmg nk bljr n m'dalami bidang syariah n aku niat nk keje bidang syariah..tp, atas sbb2 t'tntu, i have to change my decision..aku tak bleh pentingkn diri..aku kne utamakn org2 yg aku syg yg lebih memerlukn aku..aku akan lebih mnyesal kalo aku tak smpt nk b'bakti pd dema even aku b'jaya dpt double degree..sbb 2 la org ckp hidup kite ni adlh pilihan..we have to make choice..but, choose the right one..so, plan asal aku pon dh kne b'ubah..aku akan wat chambering dlu lps abes sem ni nnt smntre nk tggu dpt offer keje..takpela, insyaAllah pengorbanan yg aku wat ni adlh yg t'baek n mudah2an Allah akan gntikn dgn yg lebih baek..kalo nk comparekn, pngorbanan dema lg bsr n tak t'nilai..
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
Posted by Khalilatul Khairah Hassan at 1:18 AM 0 comments
Labels: luahan rasa
Tuesday, February 15, 2011
THE CHOSEN ONE...
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله
You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله
Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله
صلّوا على رسول الله
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
صلّوا على رسول الله
Peace be upon The Messenger
The Chosen One
صلّوا على رسول الله
Peace be upon..
The Chosen One
Rasulullah s.a.w bersabda : “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku ini lebih dikasihi olehnya daripada anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya.”
(Riwayat Al Bukhari, Muslim, An Nasaie, Ibn Majah)
Posted by Khalilatul Khairah Hassan at 2:46 PM 0 comments
SALAM MAULIDUR RASUL..
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah..
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini..
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?". "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW..
~Petikan drpd www.iluvislam.com~
Posted by Khalilatul Khairah Hassan at 12:40 AM 0 comments
Labels: artikel