BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

Jodoh di Tangan Allah


Salam..

Entry kali ni aku nk share artikel yg aku bce kt FB..sadis+byk ibrah yg bleh kita ambil n plajari..nsht sorg ibu kpd anaknya..hayatilah..

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. 

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." 

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire 
"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. 

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. 

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi? 

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada   sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas   jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."   

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.  

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.." 

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita..Kita tak mampu untuk mengawalnya..Hanya Allah yang boleh memegangnya..Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "  

Redha 

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "  

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat..

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."  

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...  

~Bila aku bce artikel ni, rse cm mak tgh b'bicara ngn aku..btape suci n murninye hati sorg ibu yg menasihatkn anaknya..anaknya diberi nsht ngn pnuh ksh syg..trase cm air sungai yg mngalir kt hati ni..sejuk n begitu m'damaikan..Bila ckp bab2 jodoh ni, t'ingat lak kt 1 hadith yg menyatakan kita perlu m'utamakan diri kita dlm hal2 ibadat..jd,sama2lah kita renung n fikir2kn..smoga kita m'jd insan yg lbh baik dr smlm n hari ini..hidup ini ibarat ada 3 hari..smlm sbg pengalaman, hari ini utk perancangan n esok hanya menantikn jwpn..wallahu'alam..

Haa, sblm t'lupe..All da best 4 ur final..Do your very best..Maaf ats sgale slh slp yg aku lakukn smade sdr or x, sngaje or tak disngajekn, ats hak2 yg t'ambil n tak t'tunai especially pd adik bradik Lawsoc n Central Convest 10..maaf jika ade hati yg t'luka dgn tindakan n kata2ku slame ni..sungguh,aku insan yg punye byk klmhn n kkurangan..aku tidak b'niat utk melukai hati kalian..Maaf juge ku pohon sekiranya aku tak bisa m'jd teman yg baek sprti yg kalian hrpkn..Moge ukhuwah kita sntiasa diredhai Allah n kekal hgga ke syurga=)

Monday, October 18, 2010

Program Motivasi Sg Lui & Kembara LAWSOC


Salam..

Entry kali ni  aku nak share psl program motivasi kt Sg Lui, Hulu Langat time hjg bulan 6 hari tu..Dh lame dh aku nk nulih psl program ni, tp tak b'kesempatan..lgpon, aku kan baru je wat blog ni..huhu..tp, even dh lmbt pon, aku tetap nk share gk sbb byk sgt kenangan yg aku dpt time program tu..

Program motivasi tu utk adik2 yg bakal b'perang dgn peperiksaan besar (UPSR, PMR, SPM, STAM)..Peperiksaan pnting yg akan menentukan hala tuju diorang pasni..Congratz to lecturers n staffs AIKOL sbb dh b'jaya organize program ni n congratz gk to all fasilitators di bwh pimpinan Ustazah Ramizah..

Kat sini, aku post gmbr2 time program tu n tu tandanye aku appreciate korang..hehe..

awe, ude, angah, kak yang n fizah..

ni part yg paling aku suka..baru sampai dh dpt makan durian..best giler..yummy!! thanx Encik Abu tlg belah durian tu utk kitorang=) tp, sian kt Ustazah Ramizah, syau n zaki sbb diorang tak mkn durian..mmg rugi la diorang..hehe..

b'gmbr kenangan di pintu masuk challet kami..Kem Challet Lambaiana..

 
subhanallah..cantik sungguh pmndangan air terjun kt sana..

  barisan fasilitator b'gmbr kenangan dgn adviser kami, Ustazah Ramizah..

  
hai adik2 akak, sarange=)

 adik2 group aku yg mmg da best n b'smgt..tak susah sgt nk handle diorang ni..plg tak sangke, dua2 ketua n penolong ketua pengawas ada dlm group aku..mmg mantop,hehe..

Lps blk je dr prog motivasi kt Sg. Lui tu, kitorang berehat di bilik awe sbb esoknye nk continue ngn kembara lawsoc lak..even ramai yg tak dpt join, tp ttp rse best..kalo sume dpt join, lg la b'tmbh2 best..huhu..

isi perut dulu sblm maen bowling..

muka hepi slps maen bowling..=)

 smpt lg b'gmbr smntare tggu turn..


da end result..ateh dpt no 1st..but, 4 da rest, good try bcoz we played 4 da 1st time right?hehe..

 lps pnt maen bowling, tgh jln2 nk pulang, nmpk lak bunga yg cntik ni..
so, b'gmbr la wat knangan..(",)

best sgt3 dpt join kmbara lawsoc ari 2..time 2 lak tgh lap (praktikal), so relaxkn otak g maen bowling..tak sgke 1st time maen, aku b'jaya dpt no 2..good try ella! hehe..hopefully, ade lg kmbara lawsoc pd masa yg akan dtg..sgale knangan n memori b'sme korg takkan pdm dr ingatanku..

cam lagu nasyid tu.."Untukmu yg t'syg..b'main di fikiran..apakah masih ada ruang utk b'sama.." cume lagu 2 utk ayah n ibu, tp aku ubah sket la jd utk adik bradik lawsoc yg t'syg=)

Tuesday, October 12, 2010

~TAZKIYYATUN NAFSI~

RENUNGAN 1: AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan:
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan:
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan:
Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan:
Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan:
Panas di Padang Mahsyar ibarat matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
Penjelasan:
Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dgn, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan:
Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dgn, "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasan:
Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dlm islam
mempunyai hikmahnya yang tersendiri...
~Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
~Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
~Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..

RENUNGAN 2: PESANAN SBLM TIDUR

Tafsir Haqqi: Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah r.a : Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasulullah S.A.W tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

~Sama2lah kita m'amalkn apa yg diajari oleh Rasulullah S.A.W ni..
Sabda Rasulullah S.A.Wبلغوا عني ولو أية)) : )): Sampaikanlah pesanku walau satu ayat..

RENUNGAN 3: KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yg pertama ditulis Qalam adlh BISMILLAH..Maka apbl kamu menulis sesuatu, maka
tulislah BISMILLAH pd awalnya kerana BISMILLAH tertulis pd setiap wahyu yg Allah turunkan kepada Jibril.

2) "BISMILLAH utkmu dan umatmu, suruhlah mereka apbl memohon sesuatu dgn BISMILLAH..
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin 
terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua
syaitan..

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pd orang sakit
melainkan menjadi ubat utknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yg ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap 
kali memulakan sesuatu perkara yg baik.

6) Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19..
Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yg ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka, maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yg membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yg memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat

namanya di syurga yg sgt tinggi dan diampunkan segala dosa kedua org tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung
kpdnya.

10) Barangsiapa yg membaca BISMILLAH sbyk 21 kali ketika hendak tidur, maka akan
terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hdpn org yg zalim,
hinalah
dan masuk ketakutan dlm hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kpd si
pembaca.

~Mudah2an kita m'jd insan yg sntiasa m'p'baiki klmhn n kkurangan diri, insan yg hidupnya hari ini lebih baik dr smlm dan hari esok jauh lebih baik dr hari ini dan insan yg tidak jemu2 m'dptkn cinta n redha Allah Ya Rahman Ya Rahim..ameen=)

RENUNGAN 4: RAHSIA SOLAT YG RAMAI TIDAK KETAHUI..
 
 
~Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu..Jgn langsung dikeringkan, biarkan ia kering sendiri..Lalu ambillah sejadah, s0lat, berzikir, dan berdoa..

~Untuk menghilangkan stress, cukup dgn memperbanyakkan solat..Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh..Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa..

~Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman..Tidak hanya di bibir tapi juga di hati..Jgn lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahumma Kama Hassanta Khalqi Fahassin Khuluqi" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindahkan pula akhlaqku) <HR Ahmad> *DOA TENGOK CERMIN*

~Untuk bibir yg cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur..

~Agar tubuh langsing, mulus, diet yg teratur dgn berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis..Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud A.S iaitu selang satu hari..Makanlah makanan yg halal, perbanyakkn mkn sayuran, buah-buahan, dan air putih..

~Untuk menjalin ukhuwah, sebarkan salam dan sapaan..Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi..
"Man la yarham fala yurham" 

>>Rahsia solat, sbg peringatan bagi yg dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu..

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat
kita di dalam kubur.

3 - Takbiratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yg menerangi
kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yg indah-indah di dlm kubur.

5 - Ruqu' : Sbg tikar kita di dlm kubur.

6 - I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dlm kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita
di dlm kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur.

11 - Selawat ke atas Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dlm kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dlm kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dgn Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W. b'sabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"